siapakah mata satu ini? kenapa mata satu? bagaimana mata satu ini berfungsi dan apakah kesan mata satu pada minda dan pemikiran kita ?
Jikalau kita membuka sedikit ruang untuk minda kita berfikir, mungkin ramai di antara saudara-saudara Islam saya ini menyedari tentang logo 'satu mata' yang kian meluas digunapakai oleh mana-mana syarikat Yahudi yang terdapat di seluruh dunia. Pernah anda terfikir mengapa logo-logo tersebut digunakan? MITZU akan merungkaikan lebih lanjut tentang logo-logo ini.
Seperti yang kita sedia maklum, menurut hadis, Dajjal telah terhapus sebelah matanya (iaitu mata kanan). Ini bermakna, Dajjal hanya menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat. Ini juga boleh dikaitkan dengan logo-logo yang banyak digunapakai oleh Freemason.
Ini secara tidak langsung menguatkan teori yang telah MITZU bincangkan sebelum ini, iaitu Freemason merupakan kenderaan Dajjal sebelum dia betul-betul memunculkan dirinya untuk berhadapan dengan Imam Mahdi.
p/s:credit to http://greetingaddajjal.blogspot.com/2009/12/rahsia-di-sebalik-logo-satu-mata.html






