Friday, March 30, 2012

lagi lagu melayu bakal kena banned


bawaku pergi by zizan and kaka

cuba baca je lirik lagu nie ... pas tue apa yg tersirat dan tersurat ..
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
ada betulnya juga yang lagu ada seperti bagi contoh2 yang buruk kepada pendengar,lebih2 lagi bagi pendengar muda. tapi betul ke? cuba tanya dengan penulis lirik ini sendiri. sebab dorang lebih kreatif mencipta lagu. mereka lebih berfikir dengan mencari idea2 dari luarkotak pemikiran manusia biasa. janganlah mudah sangat menjatuhkan hukum. bagi peluang mereka menjelaskan perkara sebenar. tapi yang pasti penyanyi lagu nie tak salah , sebab tugas mereka hanyalah menyanyi(lainlah kalau mereka yang cipta lagu nie kan ?)
p/S: janganlah halang bakat2 penggiat seni nie .. cuma kawal dorang saja..

the stupid and the worse editing (just learning how to used photoshop)







Thursday, March 29, 2012

TRY ADOBE PHOTOSHOP CS5o

yes. i'm agree that i'm very old fashion.thats why, right now baru nak cuba-cuba guna adobe photoshop. haish ...pity me right .tp apa yang menakjubkan software nie ialah,boleh edit macam gambar.. hahaha. happy sungguh ...tapi buat masa nie, hanya cuba macam mana nak buat header untuk blog. macam yang atas tue ..
cuba tengok. hehehehes.tapi sat lagi nak cuba macam mana boleh edit2 muka pulak.. haish ... sangat oldfashion kan ? biasalah.. kekangan hidup. sabar jelah .. tapi kalau ada rezeki,insyaallah nak juga update2 benda2 terbaru nie kan ? sikit sibuk perhatikan orang saja. tak best juga .jealous . ahha .. nanti baru nak share2 apa yang baru belajar dari adobephotoshop. nak upload video tutorial pon lambat lah pulak .... lain kali jelah oke ?? ((:

the rule that should we follow

entry kali nie berkaitan dengan ketidakpuashatian kita sebagai seorang manusia biasa, student, anak, ibubapa, pegawai kerajaan, pekerja swasta dan sebagainya. kenapa mesti adanya undang-undang? untuk apakah? apakah yang ingin dicapai dengan adanya undang-undang ini? semua ini mengganggu benak dan sanubari kita sebagai seorang insan normal. bayangkan jika sebuah negara tiada undang-undang yang mengawal setiap perkara yang dilakukan? adakah dunia yang kita diami ini akan selamat? adakah negara kita sendiri ini akan aman? sedangkan dengan adanya undang-undang sebegini pon terdapat ramai lagi manusia yang berani melanggar undang-undang ini.. sebenarnya entry kali ini berkaitan dengan undang0-undang di kolej MH sendiri yang kadangkalanya sangat membebankan student sendiri. terlalu banyak rule yang nak kena follow .. sampai kan certain student ada yang keras kepala dan tak tahan .. bagi mereka ,seolah-olah mereka ada kat sekolah asrama penuh ..*ada ke rasa macam tue.. mungkin bagi mereka , tapi bukan bagi MH. sebab MH sudah menjangkau umur 22. so , sudah terbiasa dengan rule-rule yang sudah ditetapkan dengan parent and orang-orang sekeliling. biasalah tue . umur-umur macam mereka kan still memberontak lagi. tapi apa pon ,MH tetap sayang sangat dengan kolej MH nie. sebab bagi MH nie memang terbaik lah ..((: mana ada orang tak sayang kolej kan . nak ambik berkat .. kalau mereka tawu betapa teruk certain-certain kolej yang lain . sumpah mereka akan rasa betapa beruntungnya mereka nie 

P/S: MH pun ada langgar juga rule-rule kolej nie .tapi untuk masa terdesak saja ..jika ada kes-kes kecemasan.((:

Tuesday, January 10, 2012

MAKSUD ATAU MAKNA BACAAN DALAM SOLAT!! (JANGAN LEPASKAN)





Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.




Takbiratul-Ihram / Takbir :-


Allah Maha Besar.
















Doa Iftitah:-


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah:-


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.






Bacaan Ketika Rukuk:-


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk:-


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan Ketika Iktidal :-


Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.




Bacaan Ketika Sujud :-


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
















Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud


Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan Ketika Tahiyat Awal:-


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir:-


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut:-


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.